Sebenarnya keindahan bukan semata-mata dilihat dari segi lahiriah dan zahir semata-mata tetapi lebih daripada itu memerlukan keindahan dalaman yang mewakili hati dan akhlak serta budi yang luhur apatah lagi dipasakkan dengan keimanan sejati. Inilah yang hakiki patut didambakan oleh kita semua kerana ia sudah pasti menatijahkan kebahagiaan hidup di dunia seterusnya berlangsungan hingga ke akhirat.
Indah Dalam Berumah Tangga
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatu al-Aulad menyebut berkenaan dengan perkahwinan contoh dan hubungannya dengan pendidikan. Antara lain katanya: Perkahwinan terdiri dari tiga sudut, iaitu:
- Perkahwinan adalah fitrah manusia.
- Perkahwinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat.
- Perkahwinan merupakan penelitian dan pemilihan.
Ketiga-tiga perkara di atas akan menjelaskan sejauh mana hubungan pendidikan dengan sifat tanggungjawab kelahiran zuriat. Begitu juga hubungan darah keturunan dengan anak serta memelihara keselamatan tubuh dan kelakuannya, perasaan kasih sayang kedua ibu bapa terhadapnya, kerjasama yang erat antara kedua-dua ibu bapanya dalam usaha mendidiknya, membetulkan segala penyelewengan dan membentuknya sebagai insan yang soleh untuk menghadapi kehidupan.
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatu al-Aulad menyebut berkenaan dengan perkawinan contoh dan hubungannya dengan pendidikan. Antara lain katanya: Perkawinan terdiri dari tiga sudut, iaitu:
- Perkawinan adalah fitrah manusia.
- Perkawinan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat.
- Perkawinan merupakan penelitian dan pemilihan.
Ketiga-tiga perkara di atas akan menjelaskan sejauh mana hubungan pendidikan dengan sifat tanggungjawab kelahiran zuriat. Begitu juga hubungan darah keturunan dengan anak serta memelihara keselamatan tubuh dan kelakuannya, perasaan kasih sayang kedua ibu bapa terhadapnya, kerjasama yang erat antara kedua-dua ibu bapanya dalam usaha mendidiknya, membetulkan segala penyelewengan dan membentuknya sebagai insan yang soleh untuk menghadapi kehidupan.
Ciri-ciri Isteri Solehah
Banyak ciri yang perlu disemai dalam diri seorang isteri yang solehah, antaranya:
- Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami. Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi.”
- Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- Tidak bermasam muka terhadap suami.
- Sentiasa menuturkan kalimah yang baik-baik.
- Tidak membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan suami.
- Keluar rumah hanya dengan izin suami.
- Berhias hanya untuk suami.
- Menghargai pengorbanan suami.
- Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk ke dalam rumah.
- Menerima tunjuk ajar daripada suami.
- Menghormati mertua serta kaum keluarga suami.
- Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
- Menjadi penenang dan penyeri rumah tangga.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar